

Pakej Harbin + China Snow Village 7H6M
Harga bermula RM6,590/pax
Rasai pengalaman musim sejuk di Harbin dan keindahan China Snow Village dalam satu perjalanan yang tersusun. Nikmati pemandangan salji, arca ais bercahaya dan suasana winter wonderland yang sesuai untuk keluarga, pasangan serta pencinta musim sejuk.
Ringkasan Pakej
Tempoh: 7 Hari 6 Malam
Destinasi: Harbin + China Snow Village
Harga: Dari RM6,590/pax
Jenis pakej: Group Tour
Musim: Musim sejuk
Penerbangan: Mengikut tarikh perjalanan
Bagasi: Mengikut syarat tiket penerbangan
Hotel, pengangkutan, makanan dan lawatan: Mengikut itinerary rasmi
Harga, penerbangan dan kekosongan tertakluk pada tarikh perjalanan.
Apa yang Termasuk?
* Tiket penerbangan pergi dan balik mengikut pakej
* Bagasi daftar masuk mengikut syarat tiket
* Penginapan hotel sepanjang perjalanan
* Pengangkutan darat berkumpulan
* Lawatan dan tiket masuk seperti dinyatakan dalam itinerary
* Makanan mengikut jadual perjalanan
* Khidmat bantuan sebelum berlepas dan selepas booking
Pakej Ini Sesuai Untuk
* Keluarga yang mahu merasai percutian musim sejuk
* Pasangan dan kumpulan rakan
* First-time traveller ke China
* Pencinta salji dan fotografi
* Pelanggan yang mahu perjalanan lebih mudah dan tersusun

Snow Town Waktu Siang

Snow Town Waktu Malam

Aktiviti Keluarga
7H6M HARBIN + SNOW VILLAGE
HARI 01 — KUALA LUMPUR – BEIJING – HARBIN
MT/MM
Berkumpul di KLIA untuk menaiki penerbangan ke Beijing.
• Tiba di PKX Airport (Beijing Daxing International Airport).
• Makan tengah hari di restoran tempatan.
• Bertolak menaiki kereta api berkelajuan tinggi ke Harbin.
Bermalam di Harbin.
HARI 02 — HARBIN – VOLGA – HARBIN
SP/MT/MM
Lawatan di Harbin:
• Melawat Volga Manor, bangunan klasik di dalam sejarah China dan Rusia yang dibina semula. Ia menunjukkan ciri-ciri seni bina Rusia, seni lukisan, arca dan menampilkan budaya eksotik Rusia.
• Melawat Ice and Snow World Ice Sculpture Exhibition yang terdapat banyak arca ais, arca salji dan bangunan yang diperbuat daripada ais tulen. Di sini tetamu dapat melihat arca ais dan salji yang berlampu dengan pelbagai warna dan juga boleh melakukan pelbagai aktiviti musim salji.
Bermalam di Harbin.
HARI 03 — HARBIN – SNOW TOWN
SP/MT/MM
Lawatan di Snow Town:
• Terokai keindahan Snow Town Scenic Spot + Battery Car dengan menaiki kereta bateri merentasi pemandangan bersalji.
• Berjalan di atas Bangchi Mounted Wooden Platform untuk menikmati pemandangan panorama kawasan bersalji.
• Menyusuri Snow Yun Street yang indah ini yang dipenuhi dengan bangunan bergaya tradisional dan hiasan musim sejuk.
• Snow Village Night Market: Rasai makanan tempatan dan beli cenderamata di pasar malam bertemakan salji yang meriah.
• Float Parade: Saksikan perarakan meriah dengan float berwarna-warni dan para penghibur berkostum yang menghidupkan suasana.
• Firework Show: Tamatkan malam dengan pertunjukan bunga api yang menakjubkan menerangi langit malam yang bersalji.
Bermalam di Snow Town.
HARI 04 — SNOW COUNTRY – YABULI – ACHENG
SP/MT/MM
Lawatan di Snow Country:
• Nikmati suasana tenang dan indah pada waktu pagi di Snow Town dengan pemandangan salji yang memukau.
• Snow Town Stone Tablet: Bergambar dan pelajari sejarah tempat ini di tugu batu ikonik Snow Town.
• Aerial Video of Snow Town: Saksikan pemandangan mempesona Snow Town dari sudut udara melalui video yang menarik dan informatif.
• Horse Drawn Sleigh: Alami keunikan menaiki kereta luncur yang ditarik kuda merentasi salji, seperti dalam kisah dongeng.
• Hot Spring Bubble di hotel: Rehat dan segarkan badan dengan berendam dalam kolam air panas di hotel selepas seharian di salji.
Bermalam di Acheng.
HARI 05 — ACHENG – HARBIN
SP/MT/MM
Lawatan di Acheng:
• Dajin Ancient City: Lawati kota purba yang kaya dengan sejarah dan seni bina tradisional zaman silam.
• Nuzhen Wenhua: Pelajari budaya dan warisan etnik Nuzhen melalui pameran dan pengalaman budaya yang unik.
• Chinese Baroque Style Street: Jelajahi jalan bersejarah yang menampilkan seni bina Baroque bergaya China yang memukau dan unik.
• Melawat Sun Island International Snow Sculpture Art Expo yang merupakan taman hiburan dengan tema salji terbesar dan terawal yang dibina di China. Tetamu dapat menyaksikan keindahan seni arca salji yang diukir oleh para pengukir mahir, menikmati aktiviti musim sejuk dan merasai suasana perayaan musim sejuk yang meriah.
Bermalam di Harbin.
HARI 06 — HARBIN – BEIJING
SP/MT/MM
Lawatan di Harbin:
• Berfoto di Sophia Square kerana seni binanya yang menarik. Di sini pelancong dapat menikmati pemandangan yang cantik, serta berfoto dan bersantai di sekitarnya.
• Bersiar-siar di Central Avenue dan dapat merasai seperti berada di sebuah bandar Eropah, serta melihat pelbagai sejarah seni bina yang indah.
• Panoramic tour ke Harbin Flood Control Memorial Tower dan Middle East Railway Bridge – Glass Walkway.
• Menaiki kereta api berkelajuan tinggi ke Beijing.
Bermalam di Beijing.
HARI 07 — BEIJING – KUALA LUMPUR
SP
Menaiki penerbangan pagi pulang ke Kuala Lumpur.
1. Apakah tarikan utama pakej ini?
Antara tarikan utama ialah pengalaman musim sejuk di Harbin, pemandangan China Snow Village, aktiviti salji dan lokasi lawatan seperti yang dinyatakan dalam itinerary rasmi.
2. Adakah harga RM6,590 termasuk tiket penerbangan?
Ya, sekiranya pakej dinyatakan sebagai pakej penerbangan atau all-in. Maklumat penerbangan, bagasi dan syarat tiket akan disahkan berdasarkan tarikh pilihan.
3. Boleh lock pakej tanpa pasport?
Kebiasaannya boleh untuk pakej terpilih menggunakan nama penuh seperti dalam MyKad. Maklumat pasport perlu diberikan sebelum tarikh akhir yang ditetapkan.
4. Berapa deposit diperlukan?
Tempahan pakej terpilih boleh dikunci dengan deposit serendah RM200/pax. Jumlah sebenar dan jadual pembayaran akan disahkan sebelum booking.
5. Boleh bayar secara ansuran?
Boleh dibuat secara berperingkat sebelum tarikh akhir bayaran penuh, tertakluk pada syarat pakej.
6. Adakah makanan halal disediakan?
Pakej Muslim-friendly akan mengutamakan makanan halal atau pilihan makanan yang sesuai berdasarkan susunan pihak tour dan itinerary rasmi. Maklumkan kepada Fyza jika mempunyai alahan atau keperluan makanan tertentu.
7. Sesuai tak untuk kanak-kanak dan warga emas?
Boleh, tetapi cuaca Harbin sangat sejuk dan sesetengah lawatan mungkin melibatkan banyak berjalan. Semak dahulu umur peserta dan keadaan kesihatan bersama Fyza.
8. Pakaian apa yang perlu dibawa?
Bawa thermal wear, jaket winter, sarung tangan, penutup kepala, stoking tebal dan kasut anti-gelincir. Senarai persediaan lengkap akan diberikan sebelum berlepas.
9. Bagaimana hendak semak tarikh dan kekosongan?
WhatsApp Fyza dengan nama pakej, tarikh pilihan, jumlah dewasa dan jumlah kanak-kanak untuk semakan harga serta kekosongan terkini.











