top of page
0232FC5D-6C69-4148-ACFB-8639E5542D40.png

Pakej Shanghai Disneyland 5H4M

​

Percutian Keluarga ke Shanghai & Disneyland

​

Terokai bandar metropolitan Shanghai dan cipta kenangan manis bersama keluarga di Shanghai Disneyland.

Pakej 5 hari 4 malam ini menggabungkan pemandangan ikonik The Bund, pengalaman taman tema serta aktiviti membeli-belah di sekitar bandar Shanghai.

Harga pakej bermula dari RM3,890 seorang, dengan penerbangan Malaysia Airlines dan bagasi daftar masuk 30kg. Sesuai untuk keluarga, pasangan dan mereka yang pertama kali bercuti ke China.

Tempoh: 5 Hari 4 Malam
Destinasi: Shanghai, China
Harga: Dari RM3,890 seorang
Penerbangan: Malaysia Airlines
Bagasi: 30kg
Jenis pakej: Pakej Keluarga

Harga tertakluk pada tarikh perjalanan, jadual penerbangan dan kekosongan semasa.

​

Apa yang Termasuk dalam Pakej?

  • Tiket penerbangan pergi dan balik dengan Malaysia Airlines

  • Bagasi daftar masuk sehingga 30kg

  • Penginapan hotel sepanjang perjalanan

  • Pengangkutan darat dan pemindahan lapangan terbang

  • Lawatan bandar Shanghai mengikut itinerari

  • Lawatan ke kawasan ikonik The Bund

  • Aktiviti membeli-belah dan city tour Shanghai

  • Pengalaman Shanghai Disneyland

  • Makanan seperti yang dinyatakan dalam itinerari

  • Khidmat tour leader atau pemandu pelancong mengikut kumpulan

  • Bantuan sebelum berlepas sehingga perjalanan selesai

Senarai akhir yang termasuk dan tidak termasuk hendaklah dirujuk pada itinerari rasmi bagi tarikh perjalanan yang dipilih.

​

Pakej Ini Sesuai Untuk Siapa?

​

Keluarga dengan Anak-Anak

Gabungan aktiviti bandar dan taman tema menjadikan pakej ini sesuai untuk percutian keluarga semasa cuti sekolah.

​

Pertama Kali Melancong ke China

Perjalanan, penginapan dan lawatan telah disusun supaya anda tidak perlu merancang semuanya sendiri.

​

Peminat Taman Tema

Nikmati pengalaman seharian di Shanghai Disneyland bersama keluarga, pasangan atau rakan-rakan.

​

Mereka yang Mahukan Percutian Mudah

Sesuai untuk pelanggan yang mahukan penerbangan, hotel, pengangkutan dan aktiviti utama dalam satu pakej.

​

Pasangan dan Kumpulan Rakan

Selain Disneyland, anda boleh menikmati pemandangan malam Shanghai, lokasi bergambar dan kawasan membeli-belah terkenal.

​

Mahu Semak Tarikh dan Kekosongan?

Beritahu Fyza tarikh pilihan, jumlah peserta dan umur kanak-kanak. Fyza akan membantu menyemak harga semasa, kekosongan penerbangan dan pakej yang sesuai dengan keluarga anda.

7E0F2E94-26C9-4235-A8FD-1357B1EDA343.png
Shanghai Disneyland - memori bersama anak- anak
53D60766-F4D4-4A1B-9544-DAB390449097.jpeg
Shanghai Disneyland - memori bersama anak- anak
E7690CFC-E417-4804-A674-624C9FBE4566.png
Shanghai Disneyland - memori bersama anak- anak

5H4M SHANGHAI + DISNEYLAND

HARI 01 — KUALA LUMPUR – SHANGHAI

MM

​​Berkumpul di KLIA Terminal 1 untuk menaiki penerbangan ke Shanghai.

Lawatan di Shanghai:

• Membeli-belah di Nanjing Pedestrian Street untuk membeli cendera mata atau pakaian dari kedai yang terdapat di sini termasuk butik-butik terkenal.

• The Bund: sebuah kawasan dermaga yang telah wujud sejak awal abad ke-20, kini ia telah digazet sebagai tempat bersejarah di Shanghai. Terdapat banyak bangunan berbentuk gothik, baroque, neoclassical serta renaissance yang masih dapat dilihat di kawasan ini seperti bangunan HSBC, Bank of Taiwan dan banyak lagi.

• Starbucks Roastery: Pernah dinobatkan sebagai cawangan terbesar di dunia pada tahun 2017, singgah sebentar untuk menikmati kopi dengan sedikit bayaran tambahan, ia menyediakan 3 bar kopi sepanjang 88 kaki, menjadikan ia bar kopi Starbucks terpanjang di dunia.

• The Louis Vuitton Giant Ship Flagship Store (photo stop): Mercu tanda ikonik berbentuk kapal gergasi Louis Vuitton yang terkenal sebagai spot fotografi popular di Shanghai.

Bermalam di Shanghai.

​​​​

HARI 02 — SHANGHAI – SUZHOU – SHANGHAI

SP/MT/MM

HARI 03 — SHANGHAI

SP

HARI 04 — SHANGHAI

SP/MT/MM

HARI 05 — SHANGHAI – KUALA LUMPUR

SP/MT

Lawatan di Suzhou:

• Couple Retreat Garden: Sebuah halaman yang dipenuhi dengan pelbagai landskap yang disusun indah, merentasi setiap taman yang mempunyai identiti tersendiri. Tersenarai sebagai tapak warisan UNESCO, ia terbahagi kepada 3 bahagian iaitu Eastern, Middle Mansion dan Western Garden. Tetamu juga diberi kesempatan menaiki bot untuk keluar dari kawasan halaman ini.

• Singgah sebentar untuk solat di Taiping Fang Mosque, yang merupakan masjid utama di sini yang telah dibina pada tahun 1928.

• Pearl Museum: Membeli-belah di pameran mutiara asli China dan cenderamata tempatan.

• Shantang Ancient Street: Sebuah perkampungan yang wujud dari Dinasti Tang. Ia pada asalnya adalah sebuah kawasan empangan, dan disambung dengan membina beberapa batang jalan yang berhubung dengan jambatan dari batu, dan ia berkembang hingga menjadi sebuah penempatan. Kini ia telah disenaraikan antara sejarah penting buat negara China. Banyak bangunan dengan senibina kuno dan jambatan dapat dilihat di sini.

Bermalam di Shanghai.

Lawatan di Shanghai:

• Masa bebas untuk berhibur dengan keluarga di Shanghai Disneyland, ia menawarkan pelbagai tarikan di sini seperti Pixar Toy Story Land, Fantasy Land, Tomorrowland dan banyak lagi. Akhiri hari dengan menyaksikan tembakan bunga api penuh warna-warni dengan perarakan sebelum kembali ke hotel.

Bermalam di Shanghai.

Lawatan di Shanghai:

• Membeli-belah di Silk Factory dengan pelbagai rekabentuk yang disediakan di sini, dari sarung bantal, alas katil, pakaian dan banyak lagi.

• Dibina pada tahun 1917, singgah solat di Little Peach Garden Mosque, masjid terbesar di Shanghai yang dapat memuatkan sehingga 500 orang pada satu masa.

• Berjalan kembali ke masa silam di Chenghuang Miao Business District, di mana bangunan lama dihiasi pelbagai warna-warni dengan pelbagai barangan antik, cenderahati, kraftangan dan banyak lagi boleh didapati di sini. Kemudian meneruskan perjalanan menyelusuri ke Zigzag Bridge, sebuah jambatan yang berbentuk zigzag merentasi permukaan tasik.

• Meluangkan masa untuk membeli-belah di Shanghai Gemstone Carving Hall.

• Membeli-belah di A.P Plaza yang menawarkan pelbagai barangan tempatan, fesyen dan cenderamata dengan harga berpatutan.

Bermalam di Shanghai.

Lawatan di Shanghai:

• Jinmao Tower: Tetamu diberi peluang melihat Oriental Pearl Tower yang terletak seberang bangunan ini dari tingkat 88. Disamping itu, menikmati pemandangan indah kota yang penuh dengan bangunan pencakar langit ini. Dengan atrium yang kelihatan seperti berputar dengan warna keemasan tanpa ruang dan masa.

Menaiki penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.
Tiba di KLIA Terminal 1.

Soalan Lazim Pakej Shanghai Disneyland

​

Berapakah harga Pakej Shanghai Disneyland?​

Harga pakej bermula dari RM2,990 seorang. Harga akhir bergantung pada tarikh perjalanan, kategori bilik, umur peserta dan kekosongan penerbangan.

 

Berapa lama tempoh pakej ini?​

Pakej Shanghai Disneyland ini berlangsung selama 5 hari 4 malam.

​

Adakah tiket penerbangan termasuk?​

Ya, pakej ini menggunakan penerbangan Malaysia Airlines. Jadual dan laluan penerbangan sebenar akan diberikan selepas tempahan disahkan.

 

Berapakah bagasi yang diberikan?​

Pakej menyediakan bagasi daftar masuk sehingga 30kg, tertakluk pada syarat tiket penerbangan yang dikeluarkan.

 

Adakah tiket Shanghai Disneyland termasuk?​

Pengalaman Shanghai Disneyland merupakan salah satu tarikan utama pakej ini. Sila rujuk itinerari rasmi tarikh pilihan untuk pengesahan tiket masuk dan susunan lawatan.

 

Adakah hotel dan pengangkutan termasuk?

Ya, penginapan hotel, pengangkutan darat dan pemindahan lapangan terbang disediakan mengikut itinerari pakej.

​

Adakah makanan halal disediakan?

Makanan disediakan seperti yang dinyatakan dalam itinerari. Pelanggan Muslim boleh mendapatkan pengesahan jenis hidangan dan susunan makanan daripada Fyza sebelum membuat tempahan.

​

Adakah pakej ini sesuai untuk kanak-kanak?

Ya. Pakej ini sesuai untuk keluarga dengan anak-anak kerana menggabungkan lawatan bandar, lokasi bergambar dan pengalaman taman tema.

 

Bolehkah saya membuat private trip ke Shanghai Disneyland?

Boleh. Anggun Travel boleh membantu menyusun private trip mengikut jumlah peserta, tarikh, bajet dan pilihan aktiviti anda.

 

Berapakah deposit untuk membuat tempahan?

Jumlah deposit bergantung pada promosi dan tarikh perjalanan. Hubungi Fyza untuk menyemak kadar deposit serta syarat pembayaran semasa.

​

Bagaimana hendak semak tarikh dan kekosongan?​

Klik butang Tanya Fyza di WhatsApp dan berikan nama pakej, tarikh pilihan serta jumlah peserta. Fyza akan membantu menyemak kekosongan, harga semasa, jenis bilik dan deposit yang diperlukan.

​

Pakej dikendalikan oleh Anggun Lufya Travel & Tours Sdn. Bhd., Agent Agent Berdaftar MOTAC L/N 12417. Layari angguntravel.com untuk pilihan pakej Girls Trip, private trip dan percutian keluarga.

Perlukan bantuan memilih pakej percutian? Beritahu Fyza destinasi, tarikh perjalanan, jumlah peserta dan bajet anda. Fyza akan membantu menyemak pakej, harga serta tarikh yang sesuai melalui WhatsApp.

Masih Mencari Destinasi Sesuai?

Banyak lagi pilihan percutian menanti anda.

Terokai pakej popular Anggun Travel ke China, Jepun, Korea, Vietnam, Eropah & Pelayaran Cruise

Dari Group Tour sehingglah Private Trip.

08460BA3-07A6-43EA-A78A-EFB21F6DE881.png

JEPUN

D99BA11E-1C77-418C-8D18-524CE37A0F48.png

ASIA TENGAH

C9EDAD37-2FDF-47D4-AE47-27924CF483B7.png

EROPAH

A4EE9927-AB03-4BBF-98E8-8DE5769899DF.png

MESIR & AFRIKA

EB0FA635-C26E-4D9E-B0D1-0DF8543FE547.png

INDONESIA

AA4E4ABC-431A-4624-8AC8-F3A7CBEFC096.png

THAILAND

© 2026 by Anggun Travel

​

Office Address : No 38-2, Block G, Platinum Walk, No 2 Jalan Langkawi, 53300 Setapak, KL

L/N : 12417

SSM : 1227078-D

ID : 201701012913

​

bottom of page